Isnin, Julai 21, 2008

CONGKAKtheMOVIE .

CONGKAKtheMOVIE .
Saya tidak dapat lupakan jalan filem itu . Ia memberi saya trauma hingga tidak keluar rumah selama seminggu . Saya menangis ketakutan . Sejak hari itu , saya tidak lagi bermain congkak .
Pada cuti bulan Jun yang lalu , sepupu saya , Hani dan Sya datang ke Singapura . Mereka membawa papan congkak .
Sya : Rina , mari kita main congkak .
Saya : Huh ? A ... Ap .. Apa ..? Congkak ? Tak nak !
Hani : Tapi , mengapa ? Awak gemar bermain-nya , kan ?
Saya : Takpelah . Sya dan Hani main jelah .

Saya bergegas ke bilik dan menutup pintu . Saya menonton televisyen di dalam bilik dan tidak memikirkan apa-apa lagi .

Hani : Cik Imah , kenapa Rina tak nak main congkak ?
Cik Imah (Ibu) : Beliau trauma dan fobia .
Hani : Pasal apa ?
Cik Imah : Cerita 'Congkak' tu lah . Dia takut sampai tak nak keluar rumah . Dia fobia apabila melihat congkak .
Hani : Oh . Begitu cerita , nya . Hmph .

Hani dan Sya sudah tahu perkara sebenar dan tidak lagi mengajak saya bermain congkak , mahupuun membawa papan congkak .

Tiada ulasan: