Sabtu, Julai 26, 2008

CONGKAK.

Sepanjang projek ini , saya dapat menambah pengetahuan saya mengenai congkak . Congkak adalah satu permainan yang menarik . Walaupun ianya permainan tradisional , tidak ada larangan jika generasi masa kini masih mahu memainkannya . Jika tidak diturun pada generasi-generasi akan datang , keunikkan tradisi masyarakat Melayu akan pupus sama sekali .
Pada mulanya , saya rasa projek ini membosankan dan membuang masa . Tetapi anggapan saya salah . Dalam proses menyelesaikan projek ini , banyak saya pelajari . Saya mengajar diri saya dan juga orang disekeliling . Sesiapa sahaja boleh membaca blog . Setelah membacanya , mereka turut menimba ilmu . Kini , saya harap usaha saya akan menyedarkan orang ramai betapa pentingnya kita harus mengekalkan tradisi kami .
Salam Sejahtera ,
Nur Sabrina . (:

Khamis, Julai 24, 2008

Rabu, Julai 23, 2008

Isnin, Julai 21, 2008

CONGKAKtheMOVIE .

CONGKAKtheMOVIE .
Saya tidak dapat lupakan jalan filem itu . Ia memberi saya trauma hingga tidak keluar rumah selama seminggu . Saya menangis ketakutan . Sejak hari itu , saya tidak lagi bermain congkak .
Pada cuti bulan Jun yang lalu , sepupu saya , Hani dan Sya datang ke Singapura . Mereka membawa papan congkak .
Sya : Rina , mari kita main congkak .
Saya : Huh ? A ... Ap .. Apa ..? Congkak ? Tak nak !
Hani : Tapi , mengapa ? Awak gemar bermain-nya , kan ?
Saya : Takpelah . Sya dan Hani main jelah .

Saya bergegas ke bilik dan menutup pintu . Saya menonton televisyen di dalam bilik dan tidak memikirkan apa-apa lagi .

Hani : Cik Imah , kenapa Rina tak nak main congkak ?
Cik Imah (Ibu) : Beliau trauma dan fobia .
Hani : Pasal apa ?
Cik Imah : Cerita 'Congkak' tu lah . Dia takut sampai tak nak keluar rumah . Dia fobia apabila melihat congkak .
Hani : Oh . Begitu cerita , nya . Hmph .

Hani dan Sya sudah tahu perkara sebenar dan tidak lagi mengajak saya bermain congkak , mahupuun membawa papan congkak .

Jumaat, Julai 18, 2008

CONGKAKtheMOVIE

CONGKAKtheMOVIE - Sebuah filem yang sungguh menyeramkan .
Cerita ini tentang sebuah keluarga yang baru pindah ke bungalow yang berhantu. Sufiah, (isteri Kazman) tidak suka apabila berpindah ke rumah itu. Di rumah itu, banyak perkara yang aneh berlaku. Anaknya, Lisa selalu bermain congkak pada waktu malam dan bercakap dengan sendiri. Sufiah rasa tidak sedap hati. Dia membuang congkak itu ke dalam kolam . Sejak dia membuang congkak tersebut , dia selalu terdengar bunyi orang bermain congkak dan ternampak seorang nenek tua sedang bermain. Lisa kata kawannya adalah 'opah' atau nenek. Beberapa hari kemudian, Lisa hilang dan Pak Tua menolong keluarga itu untuk mencarinya.
Cerita ini sugguh menyeramkan . Saya terperanjat lalu memekik pada setiap babak . Itulah kali pertama dan terakhir saya menonton cerita tersebut . Ia sungguh menyeramkan hingga saya menangis ketakutan . Hmph . ):
Selama beberapa hari , saya trauma dan tidak keluar rumah .

Selasa, Julai 15, 2008

CONGKAK .

Apabila pulang dari sekolah , saya sedang fikirkan tentang apa yang harus mencatat pada blog ini . Saya tidak tahu apa lagi yang harus ditulis tentang congkak . Saya menelefon rakan saya dan menanyanya apa yang beliau lakukan sejauh ini . Beliau berkata bahawa beliau baru selesai menemu duga ibunya . Beliau menyuruh ibunya menceritakan tentang permainan congkak pada masa dahulu . Demikian , saya mendapat idea . Saya menemu duga nenek saya .

Saya : Nek , sedang buat apa tu ?
Nenek : Tak ada ape . Hanya menonton TV saje .
Saya : Saya tidak menggangu , kan ?
Nenek : Tak , cu . Ade ape , cu ?
Saya : Saya nak nenek menceritakan tentang permainan congkak dimainkan pada masa dahulu .
Nenek : Oh , boleh . Nenek mulakan sekarang , ya ?
Saya : Ya , boleh .
Nenek : Semasa tinggal di kampong , nenek gemar sangat-sangat dengan permainan congkak . Nenek selalu bermain congkak dengan jiran . Kami sangat rapat . Setiap hari , kami akan duduk di halaman rumah dan bermain congkak . Kami berdua akan menggali lubang dari tanah liat membentukkannya seperti papan congkak . Kami bukan dari keluarga yang berada . Kami akan membuat atau mencari sendiri benda yang dikehendaki . Setelah itu , kami akan mencari biji getah untuk diggunakan sebagai buah congkak . Semua yang diperlukan , sudah siap , mereka akan mulakan permainan mengikut cara yang ditetapkan . Kami seronok bermain congkak .
Saya : Terima kasih , nek .

Ahad, Julai 13, 2008

CONGKAK .

Pada hari ini , saya akan mengongsi pengalaman pertama bermain congkak di kampung .
Beberapa tahun yang lepas , semasa cuti sekolah , saya sekeluarga pulang ke kampung di Johor . Kami berada di sana selama 3 hari . Sungguh menyeronokkan apabila di kampung .
Tiba di kampung , kami disambut keluarga pakcik . Sungguh ghairah apabila bertemu . Maklumlah , sudah lama tidak berjumpa . Banyak yang hendak dikatakan . Setelah itu , kami makan tengahari bersama . Kami makan lauk-pauk kampung seperti 'Lemak Cili Api' , 'Kangkong Goreng' dan lain-lain lagi . Semuanya , enak-enak belaka . Selesai makan tengahari , kami duduk di halaman rumah dan bersembang sambil menikmati udara segar . Ketika sedang bersembang , sepupu saya mengajak bermain congkak . Saya berasa hairan . Saya tidak tahu bermain congkak , malah , saya tidak tahu tentang congkak . Sepupu saya mengajak saya ke dalam rumah dan menceritakan tentang congkak dan cara permainannya . Sepupu saya menunjukkan cara permainan congkak . Beliau bermain congkak bersama abangnya . Saya memberi penuh perhatian .
Pada mulanya , permainan tersebut nampaknya , bosan . Tetapi , lama-kelamaan , sungguh mencabar dan menarik . Permainan congkak turut menarik perhatian saya . Saya sangat ghairah dan hendak mencuba . Saya mula bermain congkak perlahan-lahan . Sepupu saya turut membantu saya dengan permainan tersebut . Lama-kelamaan , saya memahami cara permainan tersebut .
Setelah berlatih , kami mulakan permainan tersebut seperti biasa . Perlawana antara dua orang . Permainan congkak memerlukan banyak perhatian , strategi dan pergerakkan yang laju . Kami bermain tiada henti . Kami bermain selama 3 pusingan . Pada dua pusingan yang pertama , saya dikalahkan . Walaupun kalah , saya terus bermain dan akhirnya menang pada pusingan terakhir . Saya sungguh gembira .
Dari permainan ini , saya sedar kepentingan ketelitian , kecerdasan dan perhatian . Sikap-sikap tersebut bukan sahaja patut diseratkan pada permainan congkak , tetapi juga pada hidup seharian kita .
Sejak hari itu , jika ke kampung , saya tidak akan melepaskan peluang untuk bermain congkak . Semakin lama saya bermain permainan tersebut , cara permainan saya bertamabh baik . Sungguh seronok sekali .